Footytube.com - Latest Football Video Highlights Headline Animator

Monday, June 29, 2009

Moral studies in malaysia.

hanjun u lucky bastard dun have to study this SOHAI subject!!! hoho.. let me share something with u since i was not caught by ISA yet.. haha..


Diskriminasi ras ditakrifkan sebagai perbezaan layanan berdasarkan perbezaan ras atau kaum. Fenomena ini berlaku apabila sesebuah negara mempunyai rakyat pelbagai kaum, dan Malaysia merupakan sebuah negara yang terbaik untuk dijadikan contoh. Golongan minoriti di dalam negara berkenaan sentiasa berasa mereka didiskriminasikan dalam banyak perkara oleh golongan majoriti. Golongan minoriti berasa peluang dan hak yang sama tidak diberikan kepada mereka seperti yang diberikan kepada golongan majoriti. Contoh yang terbaik ialah orang Melayu merupakan rakyat bumiputera di Malaysia malakala kaum-kaum lain seperti orang Cina dan India sebagai rakyat bukan bumiputera tidak mempunyai hak bumiputera seperti mempunyai 7 % diskaun dalam pembelian tanah dan rumah. Ini telah menyebabkan golongan minoriti seperti orang Cina dan India di Malaysia tidak berpuas hati terhadap regulasi kerajaan Malaysia selama 52 tahun. Sejak perlantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri yang baru di Malaysia, beliau mempunyai satu impian untuk melahirkan satu bangsa dan satu negara selaras dengan amalan konsep Satu Malaysia. Namun begitu, konsep Satu Malaysia ini hanyalah satu konsep yang hanya dikata-katakan di blog Satu Malaysia sahaja dan tiada sebarang tindakan yang dilaksanakan untuk merealisasikan konsep ini sehingga sekarang! Satu Malaysia, satu bangsa merupakan cakap angin sahaja! Sebagai orang Malaysia, kita mengalami satu pengalaman benar tentang diskriminasi ras. Apabila rakyat bumiputera meletakkan kereta di kawasan bergaris kuning yang berhampiran dengan masjid pada hari jumaat, kereta mereka tidak akan disaman. Kita hendak bertanya bahawa terdapatkah satu undang yang menerangkan bahawa meletakkan kereta di kawasan bergaris kuning pada hari jumaat tidak bersalah?

Diskriminasi agama berlaku apabila seseorang atau kumpulan yang menganuti agama tertentu tidak diberi peluang mengamalkan ajaran agama mereka. Keadaan ini biasanya berlaku kepada penganut agama yang menjadi minoriti di dalam sesebuah negara. Contohnya di England, terdapat orang Islam yang dibuang kerja kerana menunaikan sembahyang pada waktu malam atau memakai tudung kepala. Di Perancis, perempuan Islam tidak dibenarkan bersekolah jika mereka memakai tudung kepala.

Selain diskriminasi yang dilakukan terhadap orang Islam, pengikut agama lain tidak ketinggalan menerima nasib yang sama. Walaupun Malaysia ialah sebuah Negara yang berbilang kaum, namun terdapat beberapa contoh yang benar betul berlaku di Negara kita. Kebelakangan ini, isu-isu tentang perselisihan antara Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan dan Kementerian Kesihatan dalam penyakit Influenza H1N1 jenis A yang sentiasa dipaparkan di dada akhbar dan di kaca televisyen dan sering meniti bibir ke bibir. Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan menamakan penyakit Influenza H1N1 jenis A sebagai penyakit selesema babi ataupun selesema khinzir walaupun WHO telah menentukan nama penyakit tersebut sebagai penyakit Influenza H1N1 jenis A dan penyakit ini tidak berkaitan dengan memakan daging khinzir. Oleh kerana khinzir merupakan haiwan yang sensitif dalam Malaysia, oleh itu menamakan penyakit Influenza H1N1 jenis A sebagai penyakit selesema khinzir merupakan sebuah gerak-geri yang beransur diskriminasi agama. Ini telah menunjukkan bahawa orang Islam mempunyai diskriminasi ke atas orang Cina kerana mereka menganggap orang yang makan daging khinzir adalah berjangkit dengan penyakit tersebut walaupun itu bukan kebenarannya.

I respect the malays for eating HALAL and they didnt respect us,chinese and discriminate us for eating pork.. haiz..




No comments: